Thursday 9 April 2015

Cabaran Syair, Cerita Rakyat dan Seni Rakyat Sebagai Alat Komunikasi Tradisional Melayu di Zaman Moden




Cabaran alat komunikasi tradisional moden adalah dari disebabkan ketidakmampuannya menjangkau ruang dan waktu serta audiens yang lebih luas. Kerana keterbatasan itulah kominikasi ini sering dianggap tidak efektif  dan kalah bersaing dengan media komunikasi moden yang lebih canggih. Surutnya media tradisional ini mencerminkan pula oleh surutnya perhatian  para peneliti komunikasi pada media tersebut. Schramm dan Robert (Ragnarath,1976) melaporkan bahawa antara tahun 1954 dan 1970 lebih banyak hasil penelitian komunikasi yang diterbitkan dari masa sebelumya. 

Berkurangnya minat masyarakat pada media tradisional ini ada hubungnya dengan pola pembangunan yang  dianuti oleh negara dunia ketiga pada waktu itu. Ideologi modernisasi yang popular  saat ini mendorong  negara-negara tersebut untuk menkaji juga  pola komukasi yang dianjurkan . Sebagai akibatnya, komunikasi menjadi linear dan satu arah.

Sistem pendidikan yang tidak mengambil langkah  untuk melestarikan warisan boleh menyebabkan golongan anak muda pada masa kini sudah tidak mengenali kesenian rakyat secara terperinci. Pendedahan boleh dilakukan di peringkat sekolah sebagai medium utama kepada anak-anak pada masa kini ,namum sikap sesetengah masyarakat kita pada hari ini tidak mengambil serius terhadap isu ini kerana menganggap  alat  komunikasi  tradisional Melayu tidak selaras dengan arus pemodenan pada masa kini.

Selain itu juga, skop untuk medium ini disempitkan serta tidak memberi pendedahan secara meluas dari aspek sosial.Pameran artifak atau sejarah kebudayaan warisan pelbagai kaun di Malaysia  tidak digalakkan sehingga budaya tradisional kita kian dilupai . Pihak media massa tempatan juga  kurang menyiarkan aspek-aspek nilai budaya melayu sebagai wahana medium masyarakat.

Perlu diingat, kecanggihan teknologi ICT dan komunikasi tradisional melayu pada dasarnya masih boleh digandingkan bersama dan bukannya terus terpinggir. Komunikasi tradisional terbentuk  dari adanya kebudayaan suatu masyarakat dan kebudayaan bisa lebih dilestarikan  dengan adnya perkembangan  komunikasi walaupun peranannya sebagai alat lomunikasi tidak signifikan seperti dahulu, namun seni tradisional melayu ini pula sebagai aset  kebudayaan  dan kesusasteraan melayu.


Rujukan:  http://terusanilmu.blogspot.com/2013/01/syair-cerita-rakyat-dan-seni-rakyat.html

No comments:

Post a Comment