SMS merupakan salah satu fenomena bahasa atau trend pada masa kini yang berleluasa dalam kalangan pengguna telefon bimbit. SMS adalah singkatan kepada Short Messaging Service atau Khidmat Pesanan Ringkas.Penggunaan bahasa SMS melalui komunikasi telefon bimbit pada zaman sekarang telah merebak kepada semua komunikasi lain seperti emel, penulisan blog dan forum komuniti termasuk laman sosial seperti Facebook, MySpace dan lain-lain.
Rentetan daripada itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru semua pihak agar memandang serius trend pengunaan bahasa 'moden' yang ringkas dan singkat oleh golongan pelajar pada masa ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun trend itu fenomena global, namun penggunaannya tidak harus mencemarkan bahasa standard khususnya dalam bidang pendidikan .
Untuk membolehkan pembelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan bahasa lain tidak tercemar, guru-guru di sekolah perlu ingatkan pelajar supaya membuat karangan dan jawab soalan dengan menggunakan ejaan standard seperti yang ditetapkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Bahasa SMS mencemarkan bahasa Melayu kerana terdapat penggunaan bahasa singkatan, bahasa rojak, dan sebagainya yang menyebabkan hilangnya ketulenan bahasa tersebut. Hal ini amat menyedihkan kerana selama lebih 10 tahun kita diajar untuk menggunakan bahasa Melayu dengan betul tetapi akhirnya kita mengabaikan penggunaan bahasa tersebut
•Singkatan lazim. Contohnya, sg.(sungai), jln(jalan) dan kg.(kampung).
•Singkatan pengguguran vokal dalam perkataan. Contohnya, mkn(makan), skolah(sekolah)
•Singkatan kata ganda. Contohnya, kdg2(kadang-kadang) dan kupu2(kupu-kupu).
•Singkatan kolokial. Contohnya, amek(ambil) dan camne(macam mana).
•Singkatan yang melampau. Contohnya, giler(gila), namer(nama) dan dier(dia).
•Singkatan bahasa asing yang ‘diMelayukan’. Contohnya, lebiu(love you), opis(office) dan babai(bye-bye)
•Singkatan yang membawa makna baru. Lazimnya perkataan ini digunakan oleh para remaja dan kanak-kanak. Contohya, ‘boring giler’ dan ‘terror giler’
Apabila penggunaan bahasa SMS secara meluas digunakan, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi sudah pasti akan tergugat. Keindahan yang terdapat dalam bahasa Melayu akan terhakis kerana berlaku campur aduk istilah sehingga menganggu kestrukturannya. Penggunaan bahasa SMS juga boleh memberi kesan pada bahasa yang tidak lengkap dan paling ketara adalah terdapat banyak kesalahan ejaan secara tidak langsung akan hilang kemurniaan bahasa melayu itu sendiri. Siapa yang akan membela bahasa kita kalau bukan bangsa kita sendiri..??
Rujukan :
No comments:
Post a Comment