Wednesday 8 April 2015

Mari Belajar Dialek Kelantan


Assalamualaikum dan selamat petang :-)

Hari  ini saya rasa nak buat entry yang saya rasa mugkin kawan-kawan tertarik dan ingin berjinak-jinak untuk belajar dialek Kelantan :-). Memandangkan kawan-kawan sekelas saya majoritinya dari Kelantan, jadi kami lebih suka menggunakan dialek Bahasa Kelantan ini untuk berkomunikasi. Untuk mengelakkan kawan-kawan tak faham, jadi , mari kita belajar beberapa perkataan.

Bahasa Ibundaku..;)
  1. Tok cekat      - Letih/ penat                   
  2. Rukah           - Panjat                             
  3. Mokte           - Rambutan                       
  4. Tubik            - Keluar                            
  5. Bekwoh        - Kenduri
  6. Gura bewok  - Gurau yang boleh menimbulkan pergaduhan
  7. Air Geh         - Air Berkabonat
  8. Comel lote     - Comel yang amat
  9. Sejuk ketta    - Sejuk yang sangat
  10. Roba              - Pemadam


Kata penguat

Kata penguatMaksud
Manis lletingSangat manis
Masing ppeghakSangat masin
Pahit llepeSangat pahit
Mase ppughikSangat masam
Tawa eberSangat tawar
putih ssueh/ssemboSangat putih
Hite llegeSangat hitam
Biru kketuSangat biru
Kuning nneheSangat kuning
Kenye bbonyahSangat kenyang
Come lloteSangat cantik
Gemuk ddebokSangat gemuk
Busuk bbangaSangat busuk
Hapok kohongSangat hapak
Nnakut apahPenakut sangat
Ceghoh jeghiloh/bboleSangat terang/cerah
Jatuh celabokJatuh sangat teruk
Kuca hanyaSangat bercelaru

Contoh ayat
1. Kalu tok pehe, marghi ambo wi pehe---------Kalau tak paham, mari saya bagi paham.
2. Ambo ni kalu demo nok tahu, blum make lagi nih--------Saya ni kalau kamu hendak tahu, belum makan lagi ni.
3. Lapa wei lok perut ni, make pun dop lagi nih-------Lapar betul perut ini, makan pun belum lagi.
4. Koya la dio tu, ingat baguh sangat kho?----------Berlagak betul dia tu, ingat bagus sangat kah? (-----> ayat ni sesuai untuk kawan cik zu yang tengah bersugguh2 blaja loghat kelate tuh)
5. Ambo toksey isap rokok, bahayo-----------Saya tidak mahu menghisap rokok, bahaya.
6. Din tokser tuka moto dio nga moto Ali.--------Din tidak mahu menukarkan motor dia dengan motor Ali.
7. Mok Alif tok bghehi anok-anok dio main koksey-koksey pete-pete.-----------Mak Alif tidak suka anak-anak dia bermain di merata-rata tempat pada waktu petang.
8. Abih kube rue tamu rumoh sebab kambing masuk rumoh.-----------Ruang tamu rumah bersepah kerana dimasuki kambing.
9. Imi tekke tokleh jawab prekso takdi----------Helmi tertekan kerana tidak dapat menjawab peperiksaan sebentar tadi.
10. Sokmo Pok Mat kaloh kalu main gasing nga anok dio.------------Pak Mat selalu kalah apabila bermain gasing dengan anaknya.

Rujukan ; http://cikzu87.blogspot.com/2014/01/mari-belajar-dialek-kelantan.html







No comments:

Post a Comment